Wednesday, March 29, 2017

Cara Mudah Mendapatkan Rekod CTOS

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
 السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Apakah itu CTOS?


CTOS adalah sistem maklumat utama yang digunakan secara meluas oleh majoriti sistem kewangan negara, syarikat perdagangan dan perniagaan, firma undang-undang dan institusi lain. Tidak seperti CCRIS yang berada di bawah Bank Negara Malaysia (BNM), CTOS dimiliki dan diuruskan oleh syarikat Malaysia, telah berada dalam perniagaan selama 20 tahun, mengumpul maklumat mengenai individu dan syarikat-syarikat daripada pelbagai sumber yang terdapat dalam domain awam.
Maklumat ini diformatkan ke dalam pangkalan data elektronik yang menyediakan proses untuk memeriksa dengan mudah, cepat dan berkesan untuk permohonan pinjaman, kredit perdagangan dan perniagaan dan untuk membuat keputusan oleh pemberi kredit dan pemberi pinjaman.
Sumber-sumber maklumat CTOS antara lain termasuklah:
  • Notis undang-undang dalam akhbar
  • Carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  • Warta dan penerbitan kerajaan.
  • Carian di Jabatan Insolvensi Malaysia
  • Jabatan Pendaftaran Negara
  • Carian di pendaftar pertubuhan.
  • Maklumat hubungan yang disediakan oleh pemiutang / litigators / penyokong perdagangan
  • Maklumat sukarela yang diberikan oleh subjek itu sendiri.
Hanya pelanggan CTOS boleh mengakses Pengkalan Data Maklumat CTOS.

Nak tahu sejauh mana good atau poor rekod CTOS anda?

Layari dan daftar http://www.ctoscredit.com.my/. Masukkan kod HZH684 untuk dapatkan point dan refer pada kawan-kawan anda untuk tingkatkan jumlah point anda.



 Tq pada yang membaca post ini. Semoga hari anda baik-baik sahaja. xoxo

No comments:

Post a Comment